Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. Foto: Bernama

Lebih 5,000 rumah mesra rakyat dibina tahun ini

ByBernama

BENTONG, 21 Sept: Sebanyak 5,045 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina tahun ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM123 juta bagi tujuan berkenaan yang diluluskan pada Ogos lepas.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata setakat ini, sebanyak 4,250 unit rumah telah dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd(SPNB), melepasi sasaran ditetapkan untuk tahun ini iaitu 3,410 unit.

“Atas keprihatinan Kerajaan Perpaduan dan semangat Malaysia MADANI untuk menawarkan rumah mampu milik atau RMR, ada peruntukan tambahan yang besar untuk skim ini.

“Mengikut belanjawan asal, kerajaan memperuntukkan RM358 juta. Sekarang ada tambahan suntikan dana RM123 juta, menjadikan jumlahnya RM481 juta untuk seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan sesi penyerahan kunci RMR yang siap dibina kepada tiga penerima di Kampung Chemomoi, di sini hari ini.

Nga berkata berdasarkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), beberapa aspek mengenai tata kelola projek RMR akan ditambah baik bagi memastikan syarikat terlibat menepati sasaran ditetapkan tanpa sebarang ketirisan dan penyelewengan.

Sementara itu, Nga yang juga Naib Pengerusi DAP menafikan dakwaan kerajaan menggunakan pendekatan barbaric politics dengan tidak memperuntukkan dana bagi pembangunan di kawasan Parlimen pembangkang.

Beliau berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana peruntukan disalurkan terus kepada pihak berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Tanah serta pihak berkuasa tempatan (PBT). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan