Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni. Foto: TVS

KKM perlu RM200 juta baik pulih klinik daif seluruh negara

ByConnie Grace

KUCHING, 21 Sept: Kementerian Kesihatan (KKM) memerlukan peruntukan RM200 juta bagi membaiki segera klinik daif di seluruh negara.

Timbalan menterinya, Lukanisman Awang Sauni berkata, ini bagi memastikan kerja baik pulih sebanyak 341 buah klinik kesihatan dapat diselesaikan pada November atau Disember ini.

“Sebab itu kita bekerja keras memastikan kerja – kerja berkenaan selesai pada waktu ditetapkan.

“Hasrat KKM adalah untuk mendapat tambahan peruntukan daripada RM100 juta kepada RM200 juta untuk menyelesaikan perkara ini.

“(Buat pengetahuan) kita mempunyai hampir 1,200 klinik daif untuk dibaik pulih sehingga 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Dialog TVS – Menuju Kesihatan Kelas Pertama di sini.

Sementara itu, Lukanisman yang juga Ahli Parlimen Sibuti memberitahu, pada tahun ini sebanyak 456 klinik daif perlu dibaiki segera.

“Ketika ini sebanyak 91 buah klinik daif telah selesai menjalani kerja baik pulih.

“Di Sarawak terdapat 38 klinik daif yang akan dibaik pulih dan 13 telah selesai,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan