Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: UKAS

GPS akan letak calon PBB di PRK Jepak

BySalasiah Safian

BINTULU, 21 Sept: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meletakkan calon daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Perkara itu dinyatakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kekal tradisi, PBB bakal pertahan kerusi DUN Jepak | TVS

“Memang, kita akan meletakkan. GPS akan meletakkan calon menerusi PBB,” katanya ditemui pada Majlis Pecah Tanah Rosmari-Marjoram Onshore Gas Plant, di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dimaklumkan oleh Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar mengenai kekosongan kerusi susulan penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip yang meninggal dunia pada 15 September lepas.

SPR akan mengadakan mesyuarat pada 25 September ini bagi membincangkan tarikh-tarikh berkaitan pilihan raya kecil itu.

Allahyarham Talib daripada PBB, menjadi ADUN Jepak selama enam penggal dan pada Pilihan Raya Negeri 2021. Beliau memenangi kerusi DUN Jepak dengan majoriti undi 4,243.

Beliau pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Sarawak sebelum Pilihan Raya Negeri ke-12 pada 2021. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan