Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Festival Kuih Bulan Antara Budaya mampu mengukuhkan lagi perpaduan rakyat pelbagai kaum. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Festival Kuih Bulan Antara Budaya erat perpaduan – Abdul Karim 

ByDayu Adruce

KUCHING, 21 Sept: Festival Kuih Bulan Antara Budaya mampu mengukuhkan lagi perpaduan rakyat pelbagai kaum di Sarawak. 

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata festival tersebut melambangkan perpaduan dan ikatan kekeluargaan rakyat Sarawak. 

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Ujarnya, walaupun perayaan itu adalah sebahagian daripada budaya Cina, namun ia turut disambut oleh kaum lain.

“Walaupun Perayaan Kuih Bulan merupakan kebudayaan kaum Cina tetapi kerana kepelbagaian masyarakat yang kita ada, perayaan itu turut melibatkan masyarakat etnik lain,” ujarnya ketika merasmikan festival itu di sini, malam tadi.

Tambahnya lagi, penganjuran festival seperti ini juga mampu meningkatkan ekonomi masyarakat setempat. 

Justeru itu, beliau berharap lebih banyak festival boleh diadakan di Kuching bagi merangsang pertumbuhan industri pelancongan tempatan, khususnya acara yang menggalakkan keharmonian kaum.   

Kuih Bulan merupakan perayaan hasil pertanian yang disambut pada hari ke-15 pada bulan kelapan kalendar Cina, iaitu pada akhir Ogos hingga akhir  September. 

Festival Kuih Bulan Antara Budaya dianjurkan Persatuan Komuniti Pasar Lama Kuching di Carpenter Street, bermula 20 sehingga 29 September. – TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan