Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Syarikat bateri kereta, Bateriku.com kini melebarkan cawangan baharunya di Kuching dan telah mula beroperasi awal tahun ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)
Syarikat bateri kereta, Bateriku.com kini melebarkan cawangan baharunya di Kuching dan telah mula beroperasi awal tahun ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Bateriku.com tawar khidmat tukar bateri kereta di lokasi pelanggan

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 21 Sept: Syarikat bateri kereta Bateriku.com telah melebarkan cawangan baharunya di Sarawak sejak awal tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi Bateriku Cawangan Kuching, Izat Nasrulazrin Suhaimi berkata, pihaknya memperkenalkan servis penukaran bateri kereta yang lebih menyeluruh kepada pelanggan di kawasan bandar raya ini dan telah diperluaskan ke Kota Samarahan.

Bateriku.com tawar khidmat tukar bateri kereta di lokasi pelanggan | TVS

“Kami menyediakan servis hantar, periksa dan pasang di lokasi pelanggan secara percuma dari Kuching hingga ke Samarahan.

“Pelanggan hanya perlu membayar harga bateri sahaja,” katanya ketika ditemui TVS.

Syarikat itu turut menawarkan variasi perkhidmatan kepada pelanggan pada waktu kecemasan seperti servis jumper kereta, perkhidmatan tunda dan isi minyak.

Dengan lokasi yang strategik, pelanggan tidak perlu risau untuk mendapatkan perkhidmatan Bateriku.com memandangkan ia beroperasi setiap hari.

“Lokasi kedai kami adalah berhadapan Hospital Pakar KPJ Kuching dan bersebelahan dengan kedai cuci kereta (C+ Car Spa) di Taman BDC, di sini.

“Waktu operasi bermula 7 pagi hingga 12 tengah malam, setiap hari,” katanya.

Beliau menambah, masa operasi yang lebih panjang termasuk pada cuti umum merupakan kaedah syarikat itu untuk menarik lebih ramai pelanggan mendapatkan perkhidmatan mereka.

Dalam pada itu, tambah Izat, Bateriku.com turut mengeluarkan bateri kereta sendiri, iaitu jenama Astra yang mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri kerana menggunakan teknologi dari Jerman berbanding bateri kereta jenama lain.

“Kelebihan bateri ini ialah mempunyai waranti selama 18 hingga 20 bulan dan ia boleh digunakan di seluruh Malaysia.

“Bateri Astra sesuai untuk pelbagai jenis kenderaan seperti Perodua, Proton, kereta continental dan lain-lain, selain ia juga sesuai digunakan untuk lori, bas dan bot,” katanya.

Bateriku.com turut mengeluarkan bateri kereta sendiri, iaitu jenama Astra, yang menggunakan teknologi dari Jerman. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Sementara itu, Izat turut mengingatkan orang ramai supaya lebih cakna mengenai keadaan bateri kereta masing-masing.

“Sedikit pesanan buat warga Kuching dan Samarahan supaya anda melakukan pemeriksaan bateri sebelum ia didapati ‘kong’.

“Jika berlaku kecemasan, anda boleh hubungi kami di talian 018-6609477,” jelasnya.

Menurut Izat, pihaknya juga merancang untuk menambah beberapa lagi cawangan syarikat Bateriku.com pada masa hadapan di lokasi lain seperti Petra Jaya dan Kota Samarahan.

Untuk rekod, syarikat Bateriku.com kini telah membuka lebih 150 cawangan di seluruh negara termasuk cawangan di sini dan Kota Kinabalu, Sabah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan