Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Limbang memantau keadaan di PPS Dewan Masyarakat Medamit. Foto: APM Limbang

178 mangsa banjir ditempatkan di PPS di Limbang

LIMBANG, 21 Sept: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Masyarakat Medamit, bagi menempatkan mangsa banjir petang semalam.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri, PPS itu dibuka pada 4.30 petang semalam bagi menempatkan 178 orang daripada 61 keluarga.

Jelasnya, semua mereka terbabit adalah penduduk Kampung Baru, Medamit di sini.

“PPS dalam keadaan terkawal dan selamat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

PPS itu dibuka ekoran situasi banjir berlaku susulan hujan berterusan sejak tiga hari lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan