Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ruai Rumah Entebang dimasuki air hari ini. Foto: APM Limbang.

Rumah Panjang Entebang, Limbang dinaiki air

LIMBANG, 20 Sept: Kawasan Rumah Panjang Entebang, Kampung Lubuk Pasu dinaiki air setinggi 0.3 meter hari ini berikutan hujan lebat sejak dua hari lepas.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Limbang, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata, selain rumah panjang berkenaan, kawasan lain yang terjejas termasuk jalan utama Sekolah Kebangsaan (SK) Ukong.

“Selain itu Kampung Pangkalan Jawa juga menunjukkan kenaikan air sehingga 0.6 meter dari jalan,” katanya kepada pemberita.

Sehubungan itu katanya, seramai 125 penduduk di Rumah Panjang Entebeng dinasihatkan sentiasa berwaspada dan segera berpindah sekiranya keadaan bertambah buruk.

Sementara itu Mirwan Shah memaklumkan Jalan Semena yang menghubungkan beberapa buah rumah panjang turut ditenggelami air setinggi 1.8 meter dari paras jalan.

“Dua lagi rumah panjang iaitu Rumah Liban Kaya dan Rumah Mesul Dayat yang terjejas sebelum ini semakin pulih apabila paras air mulai surut.

“Dua hari lepas, rumah panjang berkenaan terputus hubungan berikutan jalan utama ke sana ditenggelami air,” katanya.

Katanya, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara dibuka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan