Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan kilang Fuya Energy hari ini. Foto: Connie (TVS)

Premier Sarawak cadang I-CATS hasilkan bateri mesra alam

KUCHING, 20 Sept: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mencadangkan Kolej Universiti I-CATS agar menghasilkan bateri mesra alam sebagai pengganti kepada bateri litium.

Menurut beliau inisiatif bersama Fuya Energy Sdn Bhd terbabit kali gus menjadikan Sarawak pengeluar utama untuk negeri dan dunia.

Abang Johari menambah pada ketika ini, kebanyakannya bateri diperbuat daripada litium yang amat penting untuk menggerakkan gajet dan juga kereta elektrik.

“Menerusi pembacaan saya mengenai bateri litium ini ianya sukar untuk dilupuskan tetapi teknologi telah berubah daripada ion litium kepada ion zink yang rendah karbon dan bersifat mesra alam,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Kilang Fuya Energy Sdn Bhd di Demak Laut, pada Rabu.

Beliau menegaskan lagi cadangan berkenaan adalah selari dengan matlamat negeri ini menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang akan meletakkan Sarawak di barisan hadapan sekiranya kedua-dua pihak tersebut berjaya menghasilkan bateri mesra.

Beliau mendedahkan Fuya Energy merupakan syarikat yang akan menghasilkan bateri mesra alam sebagai langkah persediaan kepada peralihan tenaga hidroelektrik kepada tenaga boleh diperbaharui.

“Seperti yang kita tahu, kita ada kereta EV yang menggunakan tenga hidro elektrik dan kita mempunyai dua empangan hidro elektrik di Sejingkat dan Balingian.. memandangankan kita tidak guna arang batu kerana kita sudah beralih kepada boleh diperbaharui, saya percaya ini akan memberi impak kepada industri di Sarawak,” ujar beliau.

Sementara itu, Pengerusi Fuya Energy Sdn Bhd Dato Sri Tay Chin Kin menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak kerana memberi sokongan dan dorongan kepada pihaknya untuk berkembang di negeri ini.

Pada majlis itu, Abang Johari turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kolej Universiti ICATS dan Fuya Energy Sdn Bhd.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Dr Malcolm Musen Lamoh dan Menteri Industri Makanan , Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan