Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan FAC, Kuching, hari ini. Foto ihsan: Jabatan Bomba dan Penyelamat

Pensyarah dan guru maut dalam kemalangan babitkan dua kereta

KUCHING, 20 Sept: Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan FAC pada 12.15 tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata mangsa merupakan pensyarah wanita Politeknik berumur 44 tahun, manakala mangsa dalam kereta lain merupakan guru lelaki berumur 33 tahun.

Beliau mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata mangsa lelaki, tersepit di tempat duduk pemandu manakala mangsa wanita tidak tersepit.

“Kedua-dua pemandu dalam tidak sedarkan diri dan disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan