Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Risiko kanser melibatkan golongan muda berumur antara 15 dan 49 tahun berpunca daripada pemakanan tidak sihat, pengambilan gula berlebihan dan tabiat merokok termasuk menghisap vape, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni.

Merokok, pemakanan tidak sihat antara faktor risiko kanser golongan muda – Lukanisman

ByBernama

PUTRAJAYA, 20 Sept: Risiko kanser melibatkan golongan muda berumur antara 15 dan 49 tahun berpunca daripada pemakanan tidak sihat, pengambilan gula berlebihan dan tabiat merokok termasuk menghisap vape, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-10 Institut Kanser Negara (IKN) di sini hari ini, beliau berkata golongan muda kini tertarik mencuba makanan ‘trendy’ yang mengandungi gula sangat tinggi, yang dipromosikan oleh pempengaruh media sosial.

“Sebagai contoh, video oleh pempengaruh media sosial yang mempamerkan minum susu pekat manis dan air balang bersaiz besar yang mempunyai kandungan gula yang sangat,” katanya.

Beliau berkata kajian menunjukkan 30 hingga 50 peratus kanser ini boleh dicegah dengan pembudayaan hidup sihat.

Namun, menurutnya dianggarkan 98 peratus penduduk dewasa di negara ini mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko kanser iaitu tabiat tidak cergas atau pengambilan tembakau dan alkohol yang memudaratkan.

Justeru, beliau berkata adalah penting untuk merancang dan melaksanakan program pencegahan, saringan awal, rawatan dan penjagaan paliatif serta kemandirian untuk pesakit kanser di negara ini.

Sambutan bertema “10 Tahun: Melakar Kejayaan, Menggalas Harapan” itu bagi meraikan pencapaian serta sumbangan IKN sebagai pusat rawatan kanser dan pusat penyelidikan berkaitan kanser yang ditubuhkan pada 2013. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan