Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba membantu menghantar mangsa yang terkandas menggunakan bot hari ini. Foto: TVS

Lelaki terkandas 24 jam akibat banjir di Limbang diselamatkan

LIMBANG, 20 Sept: Seorang lelaki yang terkandas seharian di Long Beti, Medamit susulan jalan terputus akibat banjir berjaya diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang, Chong Bui Chyan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis memaklumkan mangsa terkandas di situ.

Kata Bui Chyan, anggotanya kemudian bergegas le lokasi berkenaan yang terletak kira – kira 46 kilometer (km) dari balai.

“Bomba telah membantu menghantar mangsa ke Pekan Medamit menggunakan bot,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya sebelum itu mangsa yang berumur 31 tahun telah menghubungi pihak polis dan memaklumkannya terkandas di situ.

“Sepasukan anggota bomba mengambil mangsa menggunakan bot penyelamat 60 kuasa kuda dan diserahkan kepada saudaranya di hujung Jalan Medamit,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan