Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Citilink Indonesia merupakan antara tiga syarikat penerbangan yang dijangka terlibat dalam rancangan penggabungan. Foto David Andreas (TVS)

Indonesia rancang gabung tiga syarikat penerbangan, kurangkan kos

JAKARTA, 20 Sept: Indonesia merancang untuk menggabungkan tiga syarikat penerbangan milik kerajaan bagi mengurangkan kos selain mahu menyelaraskan semula operasi.

Tiga syarikat itu termasuk Garuda Indonesia, Citilink Indonesia dan Pelita Air yang merupakan syarikat penerbangan milik syarikat minyak negara, Pertamina.

Menteri Perusahaan Milik Negara, Erick Thohir berkata, cadangan itu juga bertujuan untuk membina syarikat penerbangan yang lebih kukuh di Indonesia.

“Kita perlu kurangkan kos yang membebankan sektor perniagaan, jadi tidak salah jika (tiga syarikat penerbangan ini digabungkan) malah jumlah pesawat akan bertambah dan seterusnya boleh berkembang,” katanya kepada media tempatan baru – baru ini.

Sekiranya langkah itu dilaksanakan, jumlah pesawat yang dimiliki ialah sebanyak 550 namun secara keseluruhan memerlukan 750 buah pesawat seperti sasaran bagi memastikan perkhidmatan udara yang ditawarkan lebih cekap.

Penggabungan itu juga bakal menyaksikan ketiga-tiga syarikat penerbangan berkenaan akan menguasai satu pertiga daripada pasaran domestik Indonesia.

Erick berkata, cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan namun kajian teliti telah bermula.

Ketiga-tiga syarikat penerbangan juga sedang mengkaji bagaimana boleh menggabungkan operasi dan perjanjian dijangka dimuktamadkan pada akhir 2023 atau awal 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan