Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Harga runcit bagi petrol RON97 naik 10 sen kepada RM3.47 seliter, manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 21 hingga 27 Sept. Foto hiasan: Envato

Harga RON97 naik 10 sen kepada RM3.47 seliter

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Harga runcit bagi petrol RON97 naik 10 sen kepada RM3.47 seliter, manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 21 hingga 27 Sept.

Kementerian Kewangan  (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga petrol RON95 dan diesel kekal masing-masing pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Menurut kenyataan itu harga tersebut adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Untuk melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 dan diesel RM2.15, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOF kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan