Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Operasi Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah Wong Pun Sian ketika sidang media berkenaan rampasan dadah di KLIA hari ini.

Cubaan seludup dadah hampir RM1 juta dalam tin biskut di KLIA gagal

ByBernama

PUTRAJAYA, 20 Sept: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan cubaan menyeludup masuk kokain seberat 4.6 kilogram (kg) bernilai RM918,000 yang disembunyikan dalam tin biskut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Khamis lepas (14 Sept).

Pengarah Operasi Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah Wong Pun Sian berkata dadah tersebut ditemukan dalam tiga tin biskut aluminium yang disorok dalam bagasi milik seorang wanita berusia 41 tahun, yang baru tiba di negara ini dari Ethiopia.

Beliau berkata bahan terlarang itu dikesan semasa proses pengimbasan ke atas sebuah bagasi milik wanita berkenaan.

“Mesin pengimbas bagasi mengesan objek dan imej kehijauan yang mencurigakan dalam bagasi milik wanita itu.

“Hasil pemeriksaan rapi menemukan kira-kira 211 kapsul yang mengandungi serbuk berwarna putih disyaki dadah. Ia disorok dalam tin biskut bagi tu mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya wanita terbabit kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Wong berkata berdasarkan jumlah berat dadah yang diperoleh, rampasan itu berjaya membanteras pengedaran dadah terbabit kepada hampir 23,000 penagih.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan