Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: Tun Abdul Taib Mahmud (Instagram)

Abang Johari kunjungi Tun Taib

KUCHING, 20 Sept: Akaun instagram rasmi milik Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memuat naik gambar beliau bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg petang ini.

Gambar berkenaan dimuat naik menerusi ‘Story’ kira-kira pada 4 petang dengan disertakan tulisan ‘Alhamdulillah’ dan ditulis 17 September 2023 berserta lokasinya di Kediaman Rasmi TYT Sarawak, Demak Laut.

Abang Johari yang mengenakan baju batik berwarna biru kelihatan bersalaman dengan Tun Taib yang memakai baju batik berwarna coklat.

Gambar itu turut dimuat naik menerusi ‘Story’ instagram isteri TYT, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Tun Taib sebelum ini berada di luar negara dan balik ke Kuching pada 16 September. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan