Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di sini, meninggal dunia selepas pengsan ketika berjalan ke kantin pagi semalam. Foto PDRM

18 pegawai, anggota dibuang kerja – Ketua Polis KL

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Seramai 18 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) dikenakan tindakan buang kerja atas kesalahan dadah, tidak hadir bertugas dan jenayah dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, selain mereka, enam anggota polis turut diturunkan pangkat untuk tempoh yang sama.

“Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kuala Lumpur juga telah membuka sebanyak 157 kertas siasatan bagi tempoh berkenaan.

“Ia merupakan penurunan berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak 164 kertas siasatan melibatkan pelbagai salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata, tindakan tegas berkenaan diambil bagi memastikan standard perkhidmatan polis yang berkualiti dapat disampaikan kepada masyarakat.

“Kegagalan melaksanakan penyeliaan berkesan antara punca berlakunya salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai polis. Saya menuntut kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua penyelia supaya bertanggungjawab atas penyeliaan serta menjalankan pemantauan,” katanya.

Beliau meminta pemantauan berkenaan dijalankan tanpa pilih kasih, kronisme dan melindungi mana-mana pihak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan