Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tarikh-tarikh berkaitan Pilihan Raya Kecil DUN Jepak akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya SPR pada 25 September ini.

Tarikh PRK DUN Jepak diumum pada 25 September

KUCHING, 19 Sept: Tarikh-tarikh berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 25 September ini.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian dan Daftar Pemilih yang digunakan bakal diputuskan pada mesyuarat khas, Isnin depan.

Mesyuarat khas akan dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan disusuli dengan sidang media.

“SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi DUN Jepak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Selaras dengan Artikel 21(5) Perlembagaan Negeri Sarawak yang memperuntukkan kekosongan luar jangka kerusi DUN Jepak, perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR.

Kerusi berkenaan kosong susulan penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip meninggal dunia pada Jumaat lepas.

Talib, 72, daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri pada 2021.

Allahyarham meninggal dunia pada 5.50 petang akibat komplikasi buah pinggang selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Normah, sehari sebelumnya.

Beliau pernah dilantik sebagai menteri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Sarawak sebelum Pilihan Raya Negeri ke-12 pada 2021 dan menyandang kerusi DUN Jepak selama enam penggal sejak memenangi kerusi itu pada 1996.

Pada pilihan raya lepas, beliau mengekalkan kerusi itu dengan memperoleh 6,277 undi menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 4,243 undi.

Terdahulu, Asfia mengadakan sidang media bagi memaklumkan kekosongan kerusi DUN Jepak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan