Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jalan menuju SK Ukong yang dinaiki air. Foto: APM Limbang.

Sekolah SK Ukong dan beberapa kawasan di Limbang dinaiki air

LIMBANG, 19 Sept: Sekolah Kebangsaan (SK) Ukong antara kawasan di daerah Limbang yang mula dinaiki air akibat hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi hingga hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh laman web iHydro pagi ini, paras air Stesen Ukong berada di tahap bahaya.

“Hasil pemantauan kawasan berisiko dinaiki air daerah Limbang bermula jam 10.35 pagi beberapa kawasan mula dinaiki air.

“Ia melibatkan Jalan Tanah Merah menuju Rumah Geling dan Rumah Liban, Jalan SK Ukong, hujung Jalan Medamit, Jalan Semena dan Kampung Pangkalan Madang, Ukong dan Kampung Tanjong,” katanya kepada media menerusi kenyataan hari ini.

Katanya lagi, kawasan sekolah SK Ukong turut dinaiki air setinggi 0.6 meter dan penduduk kampung memaklumkan sekolah tidak beroperasi.

Bagaimanapun katanya, setakat ini tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.

Mirwan turut menasihati penduduk di kawasan berkenaan untuk sentiasa peka terhadap keadaan air dan berpindah jika tidak selamat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan