Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar ketika ditemui pemberita di istiadat konvokesyen ke-19 Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS).

Projek pembinaan fasa kedua IKMAS dijangka siap Mei 2024

ByNazirah Adlina

KUCHING, 19 Sept: Projek pembinaan fasa kedua Institut Kemahiran Malaysia Sarawak (IKMAS) dijangka siap menjelang Mei 2024, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata, setakat ini projek tersebut sudah siap 71 peratus dan hanya berbaki 24 peratus lagi untuk siap.

“Kalau ia siap lagi awal, lagi bagus. Pengarah baharu IKMAS, Hanifuddin Roslan sudah saya amanahkan untuk sentiasa memantau projek kerana saya percaya jika pihak terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga kontraktor sentiasa disantuni, projek ini boleh selesai mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen Ke-19 IKMAS di Kompleks Islam Sarawak di sini, hari ini.

Katanya, adalah menjadi harapan pihak yang terlibat dalam menjalankan projek itu mengamalkan sifat amanah sepanjang melaksanakan projek, demi menyediakan tempat yang selesa kepada pelajar.

“Manfaatnya akan diperoleh anak-anak di Sarawak ini. Jadi saya harapkan semoga bila kita mendukung sikap amanah dan kebersamaan ini. Seluruh (pihak) sama ada JKR, khususnya pihak kontraktor dan semestinya pemiliknya IKMAS dan JAKIM, saya harapkan sangat peratusan 71 peratus pembinaan yang telah siap pada fasa yang kedua ini akan dapat memenuhi tempoh semasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah IKMAS, Hanifuddin Roslan berharap projek itu boleh disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Pelajar institut ini boleh menggunakan infrastruktur baharu ini dengan segera, selepas ia siap dibina. Dalam tempoh itu, bangunan tersebut turut dilengkapkan dengan perabot yang diperlukan. Jadi ia sedia untuk diguna dengan segera, pada tarikh ia siap,” kata Hanifuddin.

Projek pembinaan fasa kedua IKMAS melibatkan pembinaan sebuah masjid, blok akademik, asrama serta perpustakaan dengan bertujuan untuk memperkukuh budaya organisasi berprestij tinggi di JAKIM, melalui penyediaan persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusif.

Ia dijangka mampu menampung seramai 700 hingga 1,000 orang pelajar dalam satu-satu masa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan