Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar pada sidang media di Dewan Undangan Negeri Sarawak. Foto: TVS

PRK DUN Jepak harus diadakan dalam tempoh 60 hari

KUCHING, 19 Sept: Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri DUN Jepak perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan writ berkenaan kekosongan DUN susulan kematian penyandang Datuk Talib Zulpilip.

Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, selaras dengan Artikel 21(5) Perlembagaan Negeri Sarawak, surat permakluman mengenai kekosongan luar jangka DUN tersebut dihantar kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh hari ini.

Bagaimanapun, Asfia memberitahu penetapan tarikh bagi PRK tersebut adalah di bawah bidang kuasa SPR menerusi pengeluaran writ pilihan raya kecil selepas pemakluman kekosongan kerusi DUN itu dilakukan oleh Speaker DUN Sarawak.

“Kekosongan luar jangka ini tiada siapa yang jangkakan dan ia melebihi tempoh dua tahun sebelum pembubaran secara automatik DUN Sarawak.

” Jadi kita tiada pilihan selain perlu mengadakan PRK di kawasan DUN tersebut agar penduduk di kawasan itu ada wakil rakyat yang mewakili mereka untuk menjaga kawasan DUN terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pemakluman kekosongan DUN Jepak di Kompleks DUN Sarawak di sini hari ini.

DUN Jepak kosong selepas penyandangnya sebelum ini Allahyarham Datuk Talib Zulpilip meninggal dunia akibat komplilaksi kesihatan.

Kematian beliau telah mengakibatkan kerusi yang diduduki beliau kosong sekali gus menjurus kepada keperluan mengadakan  satu pilihan raya kecil (PRK) untuk DUN berkenaan.

Talib yang menyandang kerusi DUN berkenaan selama enam penggal sejak 1996 meninggal dunia pada 15 September lalu di Pusat Perubatan Normah, Kuching di sini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan