Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohammad Azman Ahmad Sapri

Polis Sarawak tubuh pasukan petugas siasat skim hartanah tidak wujud

ByAmirah Shawel

KUCHING, 19 Sept: Satu pasukan petugas ditubuh bagi menyiasat berhubung laporan berkaitan penipuan tawaran pembinaan hartanah yang tidak wujud di Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri berkata tindakan itu susulan terdapat sebuah syarikat pelaburan hartanah telah memperdaya mangsa dengan menawarkan tiga skim sehingga menyebabkan kerugian sehingga RM3 juta.

Menurutnya, pertuduhan telah dibuat ke atas dua ejen daripada syarikat itu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri pada bulan Mac lalu.

“Syarikat suspek mula menjalankan kegiatan sejak 2019 menawarkan tiga skim kepada mangsa. Kebanyakan mangsa mendapat maklumat dengan melayari Facebook berkenaan tawaran pembinaan rumah daripada syarikat suspek.

“Perbicaraan kes akan dibuat pada bulan November 2023 di Mahkamah Miri,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tiga skim itu ialah tawaran pembinaan rumah di atas tanah sendiri, tawaran mencari tapak dan membina rumah kepada pembeli serta tawaran skim pelaburan berkonsepkan hartanah dengan meminta mangsa membayar dalam jumlah tertentu dan menjanjikan pulangan dividen.

Pada Isnin, pihaknya telah menerima kunjungan hormat Setiausaha Agong Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim serta wakil pengadu bagi penyerahan surat dan dokumen berkaitan kes penipuan pembinaan rumah.

Setiausaha Agong MHO telah memaklumkan terdapat beberapa laporan polis yang telah dibuat berhubung penipuan pembinaan rumah di Sarawak oleh sebuah syarikat pelaburan hartanah. -TVS

Berikut jumlah kerugian mengikut bandar di Sarawak:

Miri: RM3,257,083
Kuching: RM2,172,524
Sibu: RM1,635,245
Bintulu: RM1,936,793

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan