Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perincian pelaksanaan subsidi bersasar akan dibentangkan dalam Belanjawan MADANI Kedua 2024 pada Oktober depan. Foto fail: Bernama.

Perincian pelaksanaan subsidi bersasar akan dibentang pada Belanjawan 2024 – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Sept: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perincian pelaksanaan subsidi bersasar akan dibentangkan dalam Belanjawan MADANI Kedua 2024 pada Oktober depan.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan bahawa sebarang rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan tidak akan membebankan golongan berpendapatan menengah dan bawahan.

“Ini kerana sebarang penyesuaian yang membebankan tentu akan menambah beban sedia yang ditanggung oleh golongan miskin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau akan turut membentangkan perincian mengenai isu percukaian dan penambahan pendapatan negara dalam Belanjawan 2024 bagi membolehkan kerajaan berbelanja mengikut keupayaannya.

Mengenai pengecualian cukai batik, Perdana Menteri berkata kerajaan telah menyediakan pengecualian duti import ke atas kain sutera putih, rayon dan voile serta kain kapas putih.

Tambahnya, pengecualian duti import boleh dituntut daripada Jabatan Kastam Diraja dengan butiran 62, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan