Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga individu termasuk Pengerusi Eksekutif serta Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas 164 pertuduhan. Foto hiasan Envato

Lelaki Bangladesh didakwa bunuh rakan senegara

KUALA KANGSAR, 19 Sept: Seorang lelaki warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya, awal bulan ini.

Mohammad Mokul Hossain, 34, bagaimanapun tidak memahami pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Melayu dan tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa membunuh Hossen Md Monowar di Jalan Kuak, Pekan Kuak, Lenggong antara 7 hingga 8 malam, 8 September lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan sekiranya dikenakan hukuman penjara hendaklah juga disebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Shazmeer Zamhari menetapkan 20 Oktober ini untuk sebutan bagi melantik jurubahasa di Mahkamah Majistret Lenggong.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sufi Aiman Azmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan mayat seorang lelaki ditemukan rentung dipercayai dibunuh di kawasan kebun pisang di Kampung Pengkalan Ikan dekat Kuak, Lenggong pada 8 September.

Keadaan mangsa warga Bangladesh itu disedari orang awam sebelum melaporkan kepada polis pada 11.35 malam hari kejadian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan