Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat, Manu Bhalla ketika ditemui TVS semasa melakukan lawatan kerja di Pusat Biodiversiti Sarawak di sini, hari ini. Foto: Lorenzo Isaac (TVS).

Keenakan laksa Sarawak buatkan diri saya seperti berada di syurga – Manu Bhalla

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 19 Sept: Keunikan juadah laksa Sarawak yang menggunakan rempah khas, isi ayam dan juga bihun menjadikannya sering diminati ramai.

Perkara itu diakui Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat, Manu Bhalla yang kagum dengan keenakan laksa Sarawak yang telah membuatkan dirinya seolah berada di syurga.

“Semasa tiba di sini (Kuching), saya menikmati laksa Sarawak dan hidangan terakhir saya sebelum pulang ke Kuala Lumpur juga laksa Sarawak.

“Saya rasa seperti berada di syurga. Lawatan kerja saya merupakan peluang terbaik untuk merasai budaya tempatan, makanan tempatan dan bertemu dengan orang Sarawak yang baik dan hebat.

“Saya bersyukur dengan layanan baik yang kami terima,” katanya ketika ditemui TVS semasa melakukan lawatan kerja di Pusat Biodiversiti Sarawak di sini, hari ini.

Beliau juga turut mencuba merasai buah durian yang lebih dikenali sebagai ‘raja buah’ menyifatkannya mempunyai rasa yang unik dan enak.

Ia merupakan lawatan kerja beliau selama lima hari ke Sarawak yang berakhir hari ini.

Sepanjang keberadaannya di Sarawak, beliau melakukan lawatan kerja di beberapa lokasi, antaranya Pustaka Negeri Sarawak, Pusat Hidupan Liar Semenggoh dan bertemu Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan