Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah IKMAS, Hanifuddin Roslan ditemui pemberita di Istiadat Konvokesyen ke-19 Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS).

IKMAS bakal tawar program baharu, Diploma dalam Syariah dan Falak

ByNazirah Adlina

KUCHING, 19 Sept: Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS)  bakal menawarkan program pendidikan baharu iaitu Diploma dalam pendidikan Syariah dan juga Falak.

Pengarahnya, Hanifuddin Roslan berkata pihaknya masih lagi berusaha untuk menambah baik program yang ditawarkan itu melalui maklum balas daripada pihak berkaitan seperti bekas pelajar dan pihak ketiga.

“Kami mengakui bahawa masih banyak kekurangan daripada pihak dari kami yang perlu ditambahbaik.

“Oleh itu kami akan meminta maklum balas daripada bekas pelajar, pihak ketiga serta pihak yang pernah menemu duga bekas pelajar kami dan hujung tahun ini kami akan adakan satu sesi ‘brainstorming’ untuk merancang penambahbaikan yang perlu dilakukan,” jelasnya.

Beliau berkata ketika ditemui TVS selepas selesai Istiadat Konvokesyen ke-19 Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) di Kompleks Islam Sarawak, di sini, hari ini.

Tambah Hanifuddin, usaha ini selari dengan usaha pihak kerajaan untuk menghasilkan bilangan ahli akademik yang boleh mnguasai pelbagai bahasa dan kemahiran.

“IKMAS merupakan institusi yang menawarkan dwi kursus jadi ia merangkumi ilmu bahasa dan kemahiran,” kata beliau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika menyampaikan skrol kepada graduan di istiadat konvokesyen ke-19 Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS).

Terdahulu, seramai 64 orang graduan bergraduasi hari ini iaitu 55 orang daripadanya merupakan graduan Diploma Dakwah Islamiyyah dan sembilan lagi merupakan pelajar Sijil Pengajian Islam.

Istiadat konvokesyen hari ini telah disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Dr Mohd Na’im Mokhtar.

IKMAS merupakan sebuah institusi Islam yang ditubuh dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud pada tahun 2001.

Sehingga kini, IKMAS telah melahirkan seramai 1,421 orang graduan sejak mula ditubuhkan pada 23 tahun lalu dengan 573 graduan lelaki dan 780 graduan perempuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan