Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Ahmad Maslan bergambar dengan ketua-ketua delegasi yang mewakili negara anggota ASEAN semasa Kongres AVA Ke-25 di sebuah hotel di Kuching pada Isnin. Foto: TVS

Ekonomi ASEAN dijangka mengunjur 4-5 peratus tahun ini

KUCHING, 19 Sept: Ekonomi ASEAN dijangka mengunjur empat hingga lima peratus tahun ini yang memberikan prospek baik untuk pasaran hartanah.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pertumbuhan itu juga melibatkan ekonomi Malaysia sekali gus meningkatkan perdagangan antara negara ASEAN.

“Kebanyakan negara ASEAN menunjukkan pertumbuhan ekonomi untuk tahun ini adalah dijangka empat hingga lima peratus, jadi saya menyatakan bahawa prospek dari segi pertumbuhan ekonomi negara ASEAN antara empat hingga lima peratus yang akan menambahkan perdagangan antara negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan Kongres Persatuan Penilai ASEAN (AVA) Ke-25 di Hotel Riverside Majestic di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, walaupun Thailand berdepan sedikit penurunan namun ia tidak mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara lain terutama prospek perdagangan hartanah.

“Sedikit menurun ialah di Thailand disebabkan mereka baharu saja stabil dari segi politik dan mendapat Perdana Menteri selepas beberapa bulan pilihan raya menyebabkan terjejas pertumbuhan ekonomi kira-kira dua peratus.

“Jadi prospek perdagangan negara ASEAN dalam keadaan baik termasuklah prospek pasaran harta tanah, ini adalah penting untuk perdagangan antara negara-negara,” katanya.

Tegasnya, pelan pembangunan pasca COVID-19 ternyata memainkan peranan penting dalam usaha bangkit semula dari kesan wabak yang melanda dunia dua tahun sebelum ini. -TVS

Tags: ASEAN, AVA, EKONOMI

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan