Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap merasmikan Majlis Makan Malam sempena uUang Tahun ke-63 Persatuan Klan Chiang Hsia Huang Sarawak. Foto: UKAS

Sarawak kaji penggunaan palet kayu sebagai pengeluaran tenaga boleh diperbaharui – Abang Johari

SIBU, 18 September: Sarawak sedang mengkaji penggunaan palet kayu sebagai pengeluaran tenaga boleh diperbaharui seperti yang digunakan di United Kingdom sehingga dapat menghasilkan 2,500 megawatt tenaga.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak boleh menjadi pembekal kepada palet kayu dengan usaha penanaman pokok yang cepat tumbuh di hutan yang terdegradasi yang banyak terdapat di negeri ini.

“Maksudnya apa yang kita lakukan ialah kita merancang dan menanam semula kawasan hutan yang terdegradasi dengan spesies baharu yang berkembang pesat yang akan menjadi bahan mentah untuk palet kayu ini menghasilkan tenaga tambahan untuk kita.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Makan Malam Sempena Ulang Tahun ke-63 Persatuan Klan Chiang Hsia Huang Sarawak Tengah di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Ahad.

Tambahnya, jika Sarawak mengeluarkan lebih banyak, ia boleh dijual sebagai barangan eksport.

“Ini adalah bidang perniagaan baharu bagi kita,” katanya.

Katanya lagi, pokok yang tumbuh dengan cepat juga akan menghasilkan oksigen, selain menjadi bahan mentah untuk menghasilkan palet kayu bagi menjana tenaga boleh diperbaharui.

Beliau menyatakan bahawa bank di seluruh dunia memberi penekanan kepada alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sebelum mereka bersetuju untuk menyediakan pembiayaan untuk mana-mana perniagaan yang menghasilkan tenaga.

“Jika perniagaan anda menggunakan tenaga dan ia mengeluarkan banyak karbon, bank mungkin keberatan untuk memberikan pembiayaan kepada anda kerana komuniti perbankan antarabangsa akan membiayai projek yang relevan dengan isu perubahan iklim semasa,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan