Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ditawan scammer
Foto hiasan Envato

Pengarah syarikat mangsa penipuan kempunan untung pelaburan RM1.06 juta

IPOH, 18 Sept: Seorang pengarah syarikat bukan hanya kempunan pulangan pelaburan sebanyak RM1.06 juta, bahkan berputih mata apabila wang yang dilaburkan hampir RM350,000 lesap apabila ditipu sindiket pelaburan tidak wujud.

Mangsa lelaki berusia 58 tahun dari Taman Pinji Seni di sini dikatakan mula terjerat dalam penipuan itu selepas berkenalan dengan seorang wanita di laman sosial Facebook pada 27 Julai lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa telah diperdaya oleh kenalan Facebook untuk menyertai satu pelaburan wang menerusi aplikasi OSL.

Katanya, mangsa yang tertarik dengan tawaran suspek telah membuat pelaburan berjumlah RM348,673 tanpa menyedari ia adalah aplikasi tidak wujud.

“Pengadu memasukkan dana tersebut menerusi lapan kali transaksi ke tujuh akaun bank dalam tempoh sejak 12 hingga 26 Ogos lepas.

“Selepas beberapa hari, pengadu mendapati akaun pelaburan OSL itu memperoleh keuntungan sebanyak RM1,060,085.41,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, dia bagaimanapun menyedari ditipu selepas suspek meminta bayaran 30 peratus daripada keuntungan selepas mangsa meminta untuk mengeluarkan hasil keuntungan tersebut.

“Polis telah melakukan siasatan hari ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu selepas menerima laporan daripada mangsa.

“Kita juga memberi peringatan kepada masyarakat supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan di platform media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan