Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
K Troopers membawa pulang wang tunai RM9500 dan piala, menerusi liga yang membabitkan 15 pasukan dari seluruh Sarawak dan Brunei yang berentap merebut wang tunai keseluruhan RM35,000. Foto ihsan: Kelab Paintball Mambong

K Troopers juara keseluruhan Liga Paintball Sarawak 2023

BySaibi Gi

KUCHING, 18 Sept: Liga Paintball Sarawak 2023 berakhir pada Ahad dengan menyaksikan pasukan tuan rumah K Troopers dinobatkan sebagai Juara  Keseluruhan SPL 2023 (Terbuka).

K Troopers membawa pulang wang tunai RM9,500 dan piala, menerusi liga yang membabitkan 15 pasukan dari seluruh Sarawak dan Brunei yang berentap merebut wang tunai keseluruhan RM35,000.

Pengarah Pertandingan Mohd Morshidi Abdullah berkata, pertandingan diadakan untuk memperkembangkan lagi sukan paintball di Sarawak.

“Kejohanan SPL di Sarawak bertujuan untuk membuka mata orang awam tentang sukan paintball serta meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi di kawasan pertandingan.

“Saya berharap agar sukan ini terus berkembang dan diminati oleh belia bagi mendidik belia mementingkan semangat berpasukan dan setia kawan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kejohanan kali ini merupakan kejohanan di Padang Kelab Paintball Mambong di Padawan.

Sementara itu, K Raptors muncul di tempat kedua bagi SPL (Terbuka), disusuli BLA dan Ignite PB.

Untuk Divisyen Novis, Borneo Savages muncul juara, K Rangers di tempat kedua dan disusuli Cartel De Bolas dan SBN.

Pasukan AGB pula memenangi tempat pertama bagi Divisyen Rookie, disusuli SMN, Cartel De Paintre dan KADEBA 3. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan