Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof ketika Sesi Penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, hari ini. Foto: Bernama

Dana pengkomersialan RM20 juta perkasa industri getah

ByAmirah Shawel

KUCHING, 18 Sep: Kementerian Perladangan dan Komoditi melalui Majlis Getah Malaysia (MRC) bakal melancarkan Dana Pengkomersialan MRC (MCF) sebagai salah satu pelan memperhebat kegiatan komersial industri getah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata dana tersebut dijangka dilancarkan pada Oktober 2023 dalam usaha menyokong aktiviti pengkomersialan produk kajian dan pembangunan (R&D) industri berkenaan.

“Sebanyak RM20 juta disediakan di bawah dana ini untuk menyokong pengkomersilan produk R&D berkaitan getah dalam menembusi pasaran serantau dan antarabangsa,” katanya pada Sesi Penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, MRC juga telah menubuhkan satu unit khas bagi meningkatkan aktiviti pengkomersilan R&D dan pemindahan teknologi dalam industri getah.

Menurutnya, empat perjanjian persefahaman bersama (MoU) telah ditandatangani dengan agensi perkomersialan dan penyelidikan.

“Sebanyak lima produk atau teknologi telah dibantu untuk dikomersilkan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas soalan Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu mengenai langkah proaktif kerajaan dalam menggalakkan penghasilan produk getah dengan nilai tambah yang tinggi bagi memastikan industri getah negara berdaya saing.

Sebelum ini, MRC memaklumkan nilai eksport getah dan produk berasaskan komoditi itu mencecah RM35.98 bilion pada tahun lepas.

Daripada jumlah itu, eksport getah adalah RM8.82 bilion manakala produk getah RM27.16 bilion. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan