Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata kerajaan memperuntukkan RM331 juta bagi kerja menaik taraf dan menyelenggara jalan balak di kawasan pedalaman di Sarawak. Foto: Jabatan Penerangan

Bekas jalan balak di Sarawak diselenggara guna peruntukan RM331 juta – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Sept: Kerajaan memperuntukkan RM331 juta bagi kerja menaik taraf dan menyelenggara jalan balak di kawasan pedalaman di Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyelenggaraan tersebut akan dilaksanakan segera dengan tempoh siap sebelum perayaan Krismas tahun ini.

“Bagi menaik taraf jalan-jalan balak di kawasan-kawasan pedalaman Sarawak ini khususnya, kita akan mulakan bagi anak-anak pulang ke kampung bagi perayaan Krismas tahun ini.

“Insya-Allah kita lakukan dengan terbaik, tapi masalah musim tengkujuh sedikit akan melewatkan persiapan penyelenggaraan berkenaan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau dalam pada itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Sarawak khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang banyak membantu.

Menurutnya lagi, RM84 juta peruntukan tambahan diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kerja-kerja berkenaan.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan projek itu perlu disiapkan sebelum 25 Disember, demi keselesaan penduduk untuk pulang ke kampung halaman menyambut perayaan, selain mengelak musim tengkujuh.

Kebanyakan jalan terbabit terletak di kawasan utara Sarawak khususnya di Miri, Limbang dan Belaga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan