Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekalan beras tidak terjejas dan masih boleh menampung keperluan pengguna di Sarawak.

Bekalan beras di Sarawak tidak terjejas

KUCHING, 18 Sept: Bekalan beras di Sarawak tidak terjejas dan masih boleh menampung keperluan pengguna di negeri ini, dengan Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dijangka membuat kemasukan beras import 13,000 hingga 15,000 tan metrik ke Sarawak setiap bulan.

Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Sarawak Nor Anizan Radzali berkata selain itu bekalan beras tempatan seperti beras bario, adan dan keladi yang menyumbang kepada 10 peratus sumber beras di Sarawak, tidak terjejas.

“Bekalan beras di Sarawak adalah mencukupi, terdapat  37,000 tan metrik bekalan stok penimbal negara yang sedia ada disimpan untuk kecemasan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pihaknya dan Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Sarawak pula sering menjalankan pemeriksaan bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi di pasaran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan