Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sempurai (empat kiri) menyampaikan hadiah kepada Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili (lima kanan) semasa majlis perasmian tersebut. Foto: AMCorp

Kontinjen IPD Sibu juarai perbarisan Sibu Street Parade 2023

SIBU, 17 Sept: Kontinjen Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu diumumkan sebagai johan dalam pertandingan perbarisan bagi Kategori Terbuka sempena Sibu Street Parade 2023 yang diadakan sempena 60 Tahun Kemerdekaan Sarawak di Dataran Tun Tuanku Bujang di sini, pada 12 Ogos lalu.

Pengumuman dan penyampaian hadiah kepada kontinjen yang menang telah diadakan pada Majlis Perasmian Karnival Sibujaya 2023 malam tadi.

Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai.

Dengan kemenangan itu, kontinjen IPD Sibu membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM5,000 manakala
naib johan, Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Cawangan Sarawak dan tempat ketiga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Sibu (APM Sibu) masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000 dan RM2,000.

Bagi Kategori Komuniti, Persatuan Teresang Dayak Sarawak merangkul johan diikuti Kelab Kesenian Dan Kebudayaan Dayak Sibu (KEMADA) selaku naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Persatuan Melanau Sibu.

SMK Durin pula telah muncul johan bagi Kategori Sekolah/IPTA/IPTS manakala SMK Sungai Merah dan SMK Kampung Nangka masing-masing muncul naib johan dan tempat ketiga.

Bagi Kategori Pancaragam, Sibu Boy’s Brigade Band, SMK Tung Hua School Band dan SMK Sacred Heart Bagpipe Band masing-masing memenangi tiga tempat teratas.

Pemenang tiga tempat teratas bagi setiap kategori meraih hadiah wang tunai RM5,000, RM3,000, RM2,000 beserta piala iringan dan sijil.

Sementara itu, pertandingan Fotografi dimenangi oleh Desmond Ngu Chien Yew di tempat pertama manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Ling Sie Houng dan Tiong Ching Ting.

Mereka masing-masing membawa hadiah wang tunai RM1,500, RM1,000 dan RM800 beserta piala iringan dan sijil.

Menurut Sempurai, Karnival Sibujaya yang kelima tersebut merupakan anjuran MDLBS, AmCorp Sibu Sdn Bhd serta beberapa penaja yang lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan