Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Patinggi Dr. Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Program Santuni Rakyat di SK Haji Bujang Sebangan. Foto: TVS

KKDW kenal pasti kawasan di Sarawak untuk dibangunkan sebagai jelapang padi kedua negara

SEBUYAU, 17 Sept: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sudah mengenalpasti beberapa kawasan di Sarawak untuk dibangunkan sebagai kawasan estet atau jelapang padi kedua di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Patinggi Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kawasan itu bagaimanapun belum dimuktamadkan memandangkan usaha itu memerlukan kolaborasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk membina sistem saliran dan pengaliran untuk rancangan terbabit.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Patinggi Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan replika cek kepada wakil HS Borneo Enterprise pada Program Santuni Rakyat di SK Haji Bujang Sebangan. Foto: TVS

Katanya, rancangan terbabit sudah dipersetujui secara prinsip oleh Kerajaan Sarawak untuk mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk menjayakan rancangan terbabit.

“Namun begitu, dari segi aspek perlaksanaannya ia memerlukan sedikit masa kerana peruntukkan untuk rancangan tersebut perlu dikoordinasikan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Estet padi di Sarawak: Martin Ben sifatkan sebagai satu langkah yang baik

“Pada masa sama, kita juga memerlukan persetujuan daripada pemilik-pemilik Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di kawasan yang telah dikenal pasti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri Program Santuni Rakyat di SK Haji Bujang Sebangan, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, rancangan itu yang diurus dan dilaksanakan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan FELCRA akan mengambil model tanaman padi yang dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda MADA di Kedah yang mengeluarkan padi untuk lima musim dalam dua tahun dengan kos kira-kira RM3 bilion.

Estet padi di Sarawak: Martin Ben sifatkan sebagai satu langkah yang baik

“Saya fikir di sini (kos) mungkin tinggi sedikit tapi yang saya sebutkan tadi soal kos itu adalah soal nombor dua yang penting mesti ada kemampuan untuk sara diri maknanya ada bekalan padi yang mencukupi untuk Sarawak dan Sabah,” katanya.

Beliau berkata, FELCRA memerlukan tanah seluas kira-kira 20,000 hektar untuk menjayakan rangcangan tersebut di Sarawak.

Estet padi di Sarawak: Martin Ben sifatkan sebagai satu langkah yang baik

Keluasan itu diperlukan berdasarkan kepada skala ekonomi yang tinggi dan baik selain membantu dalam pengurusan sumber serta kos penghasilan padi yang efektif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan