Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hanifah Hajar Taib dan tetamu kehormat lain ketika acara Flag Off Larian Amal PERKIM di pekarangan MBKS hari ini. Foto: TVS

1,000 peserta sertai Larian Amal PERKIM

KUCHING, 17 Sept: Kira-kira 1,000 peserta mengambil bahagian dalam Larian Amal Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) yang diadakan di pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) seawal jam 6 pagi hari ini

Program yang bertemakan ‘Beriadah Sambil Menderma’ itu bertujuan meningkatkan dana PERKIM Sarawak bagi menampung aktiviti kebajikan, kemasyarakatan dan juga pendidikan.

Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Presiden PERKIM Sarawak, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, Larian Amal PERKIM Sarawak ini akan diteruskan untuk mengumpul dana bagi menyokong inisiatif amal, komuniti dan pendidikan yang dapat memberi manfaat kepada individu dari semua latar belakang, umur dan kaum.

Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Presiden PERKIM Sarawak, Datuk Hanifah Hajar Taib ketika ditemui media. Foto: TVS

“Dari semasa ke semasa, PERKIM akan menganjurkan acara amal sama ada dijalankan bagi mengumpul lebih banyak dana agar kita boleh agihkan kepada yang memerlukan. Organisasi kami mempunyai bantuan yang berbeza sama ada dalam pendidikan, elaun dialisis kepada orang tertentu, pengagihan makanan dan perkara yang berkaitan dengan agama, agama Islam serta kepada mereka yang memerlukan.

“Oleh itu, apabila memerlukan dana, kami akan melakukan acara amal tertentu supaya boleh menyumbang lebih banyak dana bagi memenuhi tujuan itu,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Perasmian Perlepasan Larian Amal hari ini.

Tambahnya, pihak PERKIM di seluruh cawangan di Sarawak akan berusaha membantu mereka di kawasan lain yang memerlukan dengan mengadakan Majlis Amal untuk mendapatkan dana.

“Bukan sahaja di Kuching tetapi PERKIM juga mengumpul dana dalam mengagihkan kepada golongan yang memerlukan di cawangan masing-masing.

“Larian Amal PERKIM ini terbahagi kepada dua kategori iaitu ‘Larian Santai 5 Kilometer’ dan ‘Larian Kompetitif 10 Kilometer’,” ujarnya.

Untuk Rekod, PERKIM Sarawak merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan di Sarawak selama lebih 35 tahun.

Hadir sama Pengerusi Larian Amal merangkap Pengerusi Pengumpulan Dana PERKIM Bahagian Sarawak, Datin Azerina Mohd Arip, Timbalan Datuk Bandar Kuching Selatan (MBKS), Dato Dr Zaiedi Suhaili dan Pengarah Urusan Lea Sports Centre, Raymond Sim Hee Pang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan