Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Usah didebat tarikh kemerdekaan, fokus penyatuan wilayah, bangsa – Premier Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 16 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggesa rakyat negara ini agar tidak berdebat mengenai tarikh kemerdekaan Malaysia iaitu sama ada pada 31 Ogos 1957 dan 16 September 1963.

Sebaliknya, Abang Johari mahu fokus seharusnya diberikan kepada usaha penyatuan wilayah-wilayah dan penyatuan bangsa.

“Secara peribadi, saya kira tidak payahlah kita berdebat panjang lebar mengenai tarikh-tarikh ini tetapi memberi fokus kepada usaha penyatuan wilayah-wilayah dan penyatuan bangsa di samping memastikan pembangunan dilaksanakan sama rata di setiap wilayah.

“Perayaan Hari Malaysia sepatutnya menyedarkan seluruh rakyat Malaysia bahawa bumi Malaysia itu wujud daripada Kangar, hingga ke Kuching dan terus ke Kota Kinabalu di bahagian Timur’

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, Malaysia wujud pada 16 September, manakala Tanah Melayu mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957, iaitu enam tahun lebih awal daripada penubuhan Malaysia.

Sehubungan itu, kata beliau, 16 September juga sama penting dengan 31 Ogos kerana kedua-kedua tarikh tersebut saling berkait dari segi kepentingannya kepada kewujudan negara ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan