Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut menyertai solat jenazah diimamkan oleh Imam Besar Sarawak, Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Speaker DUN Sarawak akan maklumkan SPR kekosongan kerusi N67 Jepak

KUCHING, 16 Sept: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar akan memaklumkan kekosongan di kerusi N67 Jepak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip pada Jumaat.

Allahyarham Talib berkhidmat kepada rakyat hingga akhir hayat – Dr Juanda

Timbalan Speaker DUN Sarawak Datuk Idris Buang berkata sebagaimana yang diperuntuk dalam Perlembagaan Negeri Sarawak, adalah menjadi tanggungjawab Mohamad Asfia mengemukakan notis kepada SPR tentang kekosongan itu.

“Speaker selepas ini akan memberitahu pihak SPR agar pihak SPR mengeluarkan perintah dan writ untuk pilihan raya kecil (PRK)) kerana kita ada lebih kurang tiga tahun lagi hayat DUN,” katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Pusat Perubatan Normah di sini malam tadi.

Beliau berkata Perlembagaan Negeri Sarawak mengkehendaki PRK diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh notis kekosongan dimaklumkan kepada SPR.

Talib, 72, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 5.50 petang Jumaat ekoran komplikasi buah pinggang setelah dimasukkan ke pusat perubatan itu pada Khamis.

Allahyarham Talib berkhidmat kepada rakyat hingga akhir hayat – Dr Juanda

Allahyarham adalah penyandang kerusi DUN Jepak di bawah Parlimen Bintulu selama enam penggal sejak 1996.

Pada 2009, beliau dilantik sebagai Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Sarawak dan pernah menyandang jawatan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan