Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan. Foto: Faitullah Morni (TVS)

PM Anwar amanahkan Premier Sarawak ‘kuliahkan’ Kabinet Menteri

ByMuqri Aziz

KUCHING, 16 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi tan Sri Abang Johari Tun Openg diamanahkan untuk menyuarakan pandangan dan memberi panduan kepada Kabinet Menteri pada mesyuarat hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebelum Mesyuarat Kabinet tadi, kalau dahulu Kerajaan Persekutuan akan memberi kuliah kepada pemimpin-pemimpin Sarawak, kini saya beri Premier Sarawak untuk memberikan pandangan dan kuliah kepada kami di peringkat Persekutuan meliputi soal industri hiliran yang berdasarkan kekuatan tenaga yang boleh diperbaharui serta teknologi hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan, Kuching di sini hari ini.

Anwar berkata Sarawak kini  tidak seperti dahulu pada tahun 1963 justeru itu beliau mengakui negeri ini berpotensi besar untuk menjadi rantau atau hab tapak pembangunan industri hijau, penjanaan kuasa hidrogen serta beberapa aspek hiliran yang paling hebat di rantau ini.

“Jadi, disebabkan itu kita memilih Sarawak sebagai lokasi pada tahun ini bagi Sambutan Hari Malaysia,” ujarnya.

Anwar dalam pada itu berterima kasih kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor kerana terus kekal menyokong Kerajaan Perpaduan.

Beliau memberitahu rakyat Malaysia memilih perpaduan kerana mahu negara stabil demi pembangunan negara dan mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi.

“Kita ada keupayaan itu dan pernah cuba untuk mencapai mercu yang lebih baik daripada sebelum ini.

“Walaupun tidak semua bersama dengan kita tetapi Sabah dan Sarawak akan menentukan supaya kerajaan ini dapat memanfaatkan seluruh kekuatan membela nasib rakyat Malaysia,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau akui pelbagai urusan dan permasalahan yang ada di negara ini perlu diselesaikan untuk membantu rakyat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan