Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (enam dari kanan) bersama barisan Kabinet Menteri di Wisma Bapa pada September lepas. Foto, Arkib TVS.

Perdana Menteri pengerusikan Mesyuarat Kabinet di Kuching

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 16 Sept: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Anwar tiba pada jam 2:15 petang disambut oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta kedua-dua pemimpin itu kelihatan meninggalkan Wisma Bapa Malaysia pada jam 6 petang seterusnya menghadiri sambutan Hari Malaysia 2023 di Stadium Perpaduan Kuching malam ini.

Mesyuarat sekitar tiga jam itu turut dihadiri kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Barisan Jemaah Menteri yang turut hadir adalah; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar , Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, serta Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan