Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara peserta yang memeriahkan Landas Run sempena sambutan Hari Malaysia di Sarikei. Foto: TVS.

Larian Perpaduan Landas meriahkan Hari Malaysia di Sarikei

SARIKEI, 16 Sept: Lebih 700 orang peserta menyertai larian Perpaduan Landas anjuran Jabatan dan Tanah Sarikei sempena sambutan Hari Malaysia di sini, pada Sabtu.

Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Sarikei, Thian Choon Kui berkata, larian sejauh tujuh kilometer itu merupakan sebahagian komitmen organisasi berkenaan yang sentiasa menyokong penglibatan masyarakat dalam aktiviti lebih sihat.

Antara peserta yang memeriahkan Landas Run sempena sambutan Hari Malaysia di Sarikei. Foto: TVS.

Malah katanya, ia juga usaha murni dalam memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan peserta melalui acara sukan.

“Objektif utama acara ini ialah mengalakkan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cergas selain daripada itu, ia dapat mengeratkan hubungan perpaduan, antara kaum yang pelbagai di Sarawak, khususnya di bahagian Sarikei,” katanya pada majlis penutupan acara berkenaan hari ini.

 Thian menambah Kelab Sukan dan Sosial Landas di bawah naungan Tanah dan Survei Sarikei bukan hanya menjaga kebajikan ahli sebaliknya aktif melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

Justeru katanya, kelab itu juga tidak mahu ketinggalan meraikan sambutan Hari Malaysia walaupun sambutannya sederhana namun penuh makna.

“Ia adalah lambang usaha kami, dalam membentuk dan mengeratkan lagi perpaduan yang sedia ada, seperti setiap langkah peserta hari ini, begitu juga dengan Malaysia yang telah melangkah jauh dalam menyatukan rakyatnya,” katanya.

Acara ‘flag off’ pada jam 6.30 pagi telah disempurnakan Anthony Tan yang mewakili Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan