Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin menerima cenderamata daripada Pengetua SMK Merbau, Amanda Chong Lee Ngo pada Majlis Penutupan Karnival Kemanusiaan dan Kemerdekaan di SMK Merbau, Miri, hari ini. Foto: TVS

Perincikan sejarah penubuhan Malaysia dalam buku teks, elak salah faham – Kim Shin

MIRI, 15 Sept: Buku teks sejarah yang dipelajari di sekolah perlu dilengkapkan dengan maklumat mengenai proses penubuhan Malaysia dengan lebih jelas dan teliti terutama tentang hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, maklumat jelas dan teliti membolehkan rakyat Malaysia lebih faham mengenai pembentukan negara, seterusnya dapat mengelakkan berlakunya salah faham.

“Ini dapat mengelakkan salah faham kenapa Sarawak ada hak (tertentu) di dalam MA63,” katanya pada Majlis Penutupan Karnival Kemanusiaan dan Kemerdekaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Kim Shin yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak menyeru para pelajar agar berwaspada dan berhati-hati ketika menggunakan media sosial.

Menurutnya, para pelajar perlu menghindari dari pengaruh mereka yang mempunyai fahaman melampau dan unsur-unsur hasutan yang boleh merosakkan keharmonian.

Beliau berharap rakyat berbilang kaum terus bersatu padu bukan sahaja untuk mengekalkan perpaduan, malahan suasana yang aman akan membantu menstabilkan politik seterusnya kerajaan dapat menumpukan kepada pembangunan dan kemajuan Sarawak.

Ia juga akan meningkatkan industri pelancongan ke arah yang lebih baik apabila pengunjung luar tertarik melihat masyarakat majmuk dengan kepelbagaian budaya dan tradisi menarik.

Beliau juga mahu rakyat mempunyai minda kelas pertama dan berfikiran positif dalam menjayakan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 ke arah menjadikan Sarawak maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan