Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cahya Mata Sarawak

Norges Bank Norway diumum sebagai pemegang saham utama Cahya Mata Sarawak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Cahya Mata Sarawak Bhd mengumumkan Norges Bank, bank pusat dan pengurus dana kekayaan negara Norway dengan rasminya sebagai pemegang saham utama dalam syarikat itu.

Dalam kenyataan hari ini, Cahya Mata berkata bank pusat itu telah membeli 54.05 juta saham yang mewakili 5.03 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan.

“Misi Norges Bank adalah menggalakkan kestabilan ekonomi dan menguruskan aset penting bagi rakyat Norway.

“Sebagai sebahagian daripada strategi pelaburannya bagi Dana Pencen Kerajaan, Norges Bank berusaha untuk mengoptimumkan pulangan dalam kerangka mandat pelaburannya,” katanya.

Cahya Mata adalah konglomerat kukuh berpangkalan di Sarawak yang mempunyai kepentingan perniagaan yang pelbagai antaranya simen, pembuatan fosfat, perkakas minyak, penyelenggaraan jalan, pembangunan hartanah, perkhidmatan kewangan dan infrastruktur telekomunikasi.

Kumpulan itu telah berkembang kepada arena ekonomi kitaran baru-baru ini berikutan pembelian Cahya Mata Alam Sdn Bhd, sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan serta kilang pembuatan bahan eko-komposit.-TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found