Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi Fadzil ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Aprisiasi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 peringkat Sarawak di sini, hari ini. Foto : Mohammad Rafiq

Menara telekomunikasi tanpa ‘kuali’ di Sarawak selesai sedikit masa lagi

KUCHING, 15 Sept: Isu menara telekomunikasi yang tidak berfungsi berikutan ketiadaan piring satelit di Sarawak dijangka akan diselesaikan sedikit masa lagi, kata Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata, kementerian telah meneliti beberapa perkara untuk mengatasi masalah itu.

KKD bakal umum penyelesaian isu menara di Sarawak | TVS

“Insya-Allah, saya harap sebelum hujung bulan sekiranya berjalan lancar, akan ada satu pengumuman baik untuk selesaikan perkara ini yang telah lama membelenggu masyarakat di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Apresiasi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 peringkat Sarawak di sini, hari ini.

Sementara itu, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, Kerajaan Sarawak berharap diberi peruntukan tambahan untuk menyelesaikan segera masalah berkenaan.

“Menara telekomunikasi yang belum siap diharap dapat diselesaikan segera supaya semua jaringan internet dan komunkasi dapat digunakan sepenuhnya,” katanya.

Untuk rekod sebanyak 600 menara sedang dipasang oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dengan separuh daripadanya telah beroperasi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan