Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol berkata polemik politik yang hanya berkisar tentang kepentingan sendiri dan perebutan kuasa hanya merugikan rakyat dan melemahkan usaha untuk membangun negara. Foto: TVS

Kukuhkan perpaduan tanggungjawab bersama – Abdullah

KUCHING, 15 Sept: Setiap rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab dalam mengukuhkan perpaduan negara.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol, perpaduan melambangkan keharmonian sesebuah negara.

Justeru, beliau menyeru supaya rakyat Malaysia bersatu padu dalam memupuk keharmonian negara dengan cara saling bertoleransi antara satu sama lain.

Keakraban dan kemesraan masyarakat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama serta amalan budaya tradisi yang indah adalah ciri-ciri kecantikan setiap warganegara bangsa Malaysia yang patut dibanggakan,” ujarnya menerusi video ucapan sempena Hari Malaysia.

Jelasnya, sekiranya rakyat saling bersatu padu, pemulihan ekonomi dan membina negara terutama menjaga kebajikan masyarakat akan lebih mudah untuk dikecapi.

Dalam pada itu, beliau berharap agar rakyat Malaysia turut bekerjasama dalam membina jati diri anak muda kerana mereka merupakan pewaris masa depan negara.

Sementara itu, ketika dihubungi untuk mengulas lanjut Abdullah berkata polemik politik yang hanya berkisar tentang kepentingan sendiri dan perebutan kuasa hanya merugikan rakyat dan melemahkan usaha untuk membangun negara.

“Apa yang berlaku sekarang ialah ‘persembahan politik’ dalam kalangan pemimpin-pemimpin politik tertentu terutama di Semenanjung yang tidak berhenti menyerang dan mencemuh sesama sendiri.

“Keadaan begini jika berterusan mampu menjatuhkan maruah negara dan menghakis keyakinan rakyat terhadap kesungguhan dan keupayaan kerajaan persekutuan untuk mentadbir kebajikan rakyat dengan berkesan dan memulih ekonomi negara,” ujarnya.

Isu kebajikan dan kesejahteraan rakyat mesti lebih banyak diberi perhatian dari isu ‘perang politik’.

Ditanya tentang keadaan politik di Sarawak, beliau berkata suasana politik di Sarawak adalah ‘membosankan’ kerana tidak wujud langsung sentimen-sentimen politik yang sensasi di Sarawak.

Menurutnya, semua wakil rakyat di Sarawak ‘malas berpolitik’ tetapi memerah sepenuh kerajinan dan memberi tumpuan ke arah membangunkan kawasan-kawasan diwakili masing-masing.

“Politikus dan wakil rakyat di Sarawak tidak ada selera utk berebut ‘kerusi’ atau ‘menjatuhkan’ sesiapa tetapi ‘berebut’ mendapatkan peruntukan pembangunan yang banyak dari kerajaan negeri untuk memajukan kawasan masing-masing.

“Kami wakil rakyat di Sarawak sibuk ‘bersaing’ sesama sendiri untuk menentukan siapa yang dapat berkhidmat dan berbakti dengan terbaik untuk masyarakat diwakili,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan