Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai polis melepaskan gas pemedih mata yang untuk menyuraikan orang ramai yang berkumpul Manipur, India.Foto Reuters.

Korban akibat keganasan di Manipur cecah 175 orang

ByBernama

NEW DELHI, 15 Sept:  Angka korban akibat keganasan etnik yang berterusan di Manipur dekat timur laut India kini mencecah 175 orang, kata pegawai pada Jumaat.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh polis di negeri itu pada petang Khamis, sejak tercetusnya keganasan pada 3 Mei, seramai 175 orang telah terbunuh dan 1,118 lagi cedera, manakala 33 dilaporkan hilang, lapor Xinhua.

Jumlah senjata yang dirompak dari gudang senjata negara pula sebanyak 5,668.

Bagaimanapun, setakat ini, hanya 1,329 senjata dapat dijumpai semula.

Polis berkata tentera kerajaan memusnahkan sekurang-kurangnya 360 kubu haram di negeri itu.

Manipur bergelut dengan keganasan sejak tercetusnya protes dalam kalangan puak berhubung status komuniti Meiteis – ditetapkan untuk kumpulan yang sosioekonomi kurang bernasib baik yang memberi mereka peluang dalam pendidikan dan pekerjaan di sektor kerajaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan