Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Juanda Jaya turut menziarahi jenazah Talib di sebuah pusat perubatan di Kuching hari ini.

Allahyarham Talib berkhidmat kepada rakyat hingga akhir hayat – Dr Juanda

KUCHING, 15 Sept: Datuk Dr Juanda Jaya menyifatkan pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip sebagai satu kehilangan besar.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Intergriti dan Ombudsman) itu berkata, beliau terkejut ketika dimaklumkan berita itu.

“Allahyarham merupakan salah seorang pemimpin Sarawak serta bekas Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) dan tokoh besar dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak.

“Allahyarham juga seorang tokoh korporat yang banyak membantu membangunkan ekonomi dan usahawan negeri ini,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Talib, 72, ADUN Jepak selama enam penggal dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah di sini kira – kira pukul 6 petang tadi.

Sementara itu, Juanda yang juga ADUN Jemoreng berkata, barisan ahli politik muda di Sarawak kehilangan seorang tokoh berpengalaman yang banyak menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Kata Juanda, beliau dimaklumkan oleh isteri Talib yang Allahyarham masih turun ke Bintulu baru – baru ini untuk mengambil tahu urusan penduduk di kawasan.

“Ini contoh kegigihan wakil rakyat di Sarawak yang terus bekerja dan berkhidmat kepada rakyat sehingga ke akhir hayat.

“Marilah kita berdoa supaya Allah SWT mengampunkan, merahmati dan menempatkan Allahyarham bersama-sama dengan hamba-Nya yang soleh,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByLuqman Muhammad-
ByIzzah Kamilah Yunus-
ByIzzah Kamilah Yunus-