Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk memulakan lawatan kerja rasmi di Sarawak. Foto TVS.

Ahmad Zahid tiba bagi lawatan rasmi dua hari di Sarawak

KUCHING, 15 Sept: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini bagi memulakan lawatan kerja selama dua hari di Sarawak.

Pesawat yang membawa Ahmad Zahid serta rombongan selamat mendarat di pangkalan berkenaan pukul 5.56 petang tadi.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dijadualkan melawat ke Center For Technology Excellence Sarawak (CENTEXS) pada pagi Sabtu sebelum turut serta menghadiri Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di Stadium Perpaduan pada sebelah malamnya.

Pada Ahad, beliau turut dijadual menghadiri Program Santuni Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri di Sekolah Kebangsaan Haji Bujang Sebangan di Simunjan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan