Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rombongan Jabatan Audit Negara diketuai Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Wan Mohd Radzi memberi kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari di Wisma Bapa Malaysia pada hari ini. Foto: TVS.

Abang Johari terima kunjungan Ketua Audit Negara, Duta Besar Turkmenistan

KUCHING, 15 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima empat kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Kunjungan pertama oleh delegasi dari Jabatan Audit Negara yang diketuai Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Wan Mohd Radzi.

Wan Suraya berkata, kunjungan itu bertujuan untuk menilai dan mengkaji semula pengurusan kewangan Kerajaan Sarawak.

“Banyak perkara yang dibincangkan termasuk kerjasama yang lebih erat antara Jabatan Audit Negara dengan Kerajaan Sarawak bagi memantapkan integriti pegawai seperti disebut oleh Premier Sarawak semasa Majlis Amanat Perdana Integriti (MAP-i) semalam.

“Ini termasuk latihan untuk pegawai kewangan tentang pengurusan kewangan, pengurusan prestasi dan kerjasama erat lain yang lebih strategik,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan itu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada romongan Duta Besar Turkmenistan di Malaysia, H.E Muhammetnyyaz Mashalov. Foto: TVS.

Sementara itu, Abang Johari juga menerima kunjung hormat dari Duta Besar Turkmenistan di Malaysia, Muhammetnyyaz Mashalov.

Mashalov berkata, kunjungan itu bertujuan untuk mengeratkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak.

“Ini merupakan lawatan kali pertama saya ke Sarawak. Kami ingin bekerjasama dengan Premier Sarawak melibatkan pembangunan satu wilayah di Turkmenistan,” katanya.

Abang Johari turut menerima kunjungan daripada Duta Besar Kerajaan Thailand, Lada Phumas yang akan turut sama hadir pada Sambutan Hari Malaysia 16 September di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak.

Turut hadir bertemu Abang Johari hari ini ilah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Dato Abdul Rahman Sebli. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan