Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Teater muzikal yang dibahagi kepada tiga segmen itu akan menampilkan perjalanan sejarah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dalam usaha menuntut kemerdekaan sehingga kini.

Teater muzikal ‘Segulai Sejalai’ meriahkan sambutan Hari Malaysia

KUCHING, 14 Sept: Persembahan teater muzikal ‘Segulai Sejalai’ merupakan antara pengisian sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan di Stadium Perpaduan di sini, pada Sabtu.

Pengarah teater muzikal itu Tini Tyrani Adurahman berkata, persembahan yang dibahagi kepada tiga segmen itu akan menampilkan perjalanan sejarah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dalam usaha menuntut kemerdekaan sehingga kini.

Beliau berkata seramai 150 kru termasuk penari, penyanyi, pelakon serta pesilat terlibat dalam persembahan itu nanti.

“Segmen pertama akan menampilkan persembahan penentangan terhadap Malayan Union, gagasan pembentukan Persekutuan Malaysia pada segmen kedua dan semangat Malaysia MADANI pada segmen ketiga.

“Persembahan ini juga akan menampilkan watak-watak pejuang kemerdekaan negara seperti Rosli Dhobi dan Mat Salleh,” katanya kepada Bernama.

Teater muzikal ‘Segulai Sejalai’ meriahkan sambutan Hari Malaysia | TVS

Persembahan berdurasi 15 hingga 20 minit itu turut menampilkan pelakon tempatan seperti Anding Indrawani dan Azam Pitt.

Bertemakan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’, sambutan Hari Malaysia kali ini dijadualkan bermula dengan acara prapersembahan pada 7 malam sebelum acara rasmi pada 8.30 malam.

Pengisian program itu antaranya Konsert Hari Malaysia yang dijayakan oleh artis tempatan, upacara menandatangani Buku Khas Hari Malaysia serta perarakan masuk Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang.

Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar menjadi tetamu kehormat utama dalam sambutan itu yang turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Selain itu, turut hadir Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan