Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Sambutan Hari Malaysia boleh ditonton secara langsung di saluran arus perdana

KUCHING, 14 Sept: Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Stadium Perpaduan, di sini, pada Sabtu boleh ditonton secara langsung di semua saluran televisyen serta media sosial arus perdana.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata selain itu, skrin LED juga akan disediakan di luar stadium itu untuk tontonan warga Kuching yang mahu mengikuti sambutan itu.

“Bagi para jemputan, boleh masuk stadium mulai pukul 7 malam manakala Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dijangka tiba pada 8.30 malam.

Untuk makluman, kemuncak sambutan itu adalah persembahan bunga api,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Mohamad Asfia di Astana Negeri di sini, hari ini.

Fahmi berkata selain jualan makanan, turut diadakan adalah Jualan Rahmah yang bermula esok sehingga Sabtu, orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan acara.

Sementara itu, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi yang juga menteri bertanggungjawab bagi sambutan itu, berkata raptai penuh sambutan itu akan diadakan pada malam ini bagi memastikan kelancaran program.

“Persiapan serta persediaan sambutan kini sudah di peringkat akhir, kami berdua sendiri (Julaihi dan Fahmi) serta ahli jawantankuasa induk akan hadir menyaksikan raptai penuh malam ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan